1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan.
Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan
perasaan, ianya akan gagalkerana perasaan senantiasa
berubah dari masa ke semasa.
2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6
billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia
sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya
kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah
apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah,
selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda
masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah
dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk
menjadi seseorang yang lain.
3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah
banyak bekorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada
padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan
seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia
telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba
untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.
4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda
merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima
cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya
hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus
hati.
5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia
adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan
mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telahpun
cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.
6. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik
padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya.
Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di
tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri
tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.
7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya
kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir
keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi
dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang
terakhir untuk anda berdua.
8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda
kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting.
Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya
sepenuh jiwa dan raga.
9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang
alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa
dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa,
ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.
10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi
hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi
anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda
berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat.
Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya
bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan
menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha
sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu
haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai
dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun
Mungkin anda terkadang sebal dan benci dengan kebiasaan konyolnya, dengan semua kebiasaan joroknya, dengan semua kata - kata dan kelakuan jailnya. Tapi percayalah teman, saat dia pergi dari kita justru hal - hal itu lah yang paling kita rindukan.
Jadi angkat telpon sekarang ucapkan padanya betapa anda menyayangi segala yang ada didalam dirinya
(sarikata)
No comments:
Post a Comment